Nama: Mentol
Nama Dulu: Ghani
Umur: 19 tahun kalau tak masuk hari cuti umum
Tempat Tinggal: Bawah Jambatan Pulau Pinang
Tempat Lahir: Hospital Tawakal (Kat sana, apa-apa pun yang jadi kena tawakal aje…)
Tarikh Lahir: Tak sempat rekod. Tok bidan busy masa tu.
Status: Baru putus tunang
Posisi: Rhythm Guitar, Bass
Posisi Dahulu: Drummer
Hobi: Mengira berapa banyak public phone yang dah rosak di seluruh Lembah Klang
Artis Kegemaran: Isma AF7. IIiiissssmmmmaaaa…. (ikut cara AC Mizal sebut)
Artis yang tak berapa nak gemar: Herman Tino, Mas Idayu, Mas Joko, Jaka Sembung
Lagu Kegemaran: Happy Birthday dalam bahasa Telegu
Kenangan tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar artis: Tersilap naik kapal terbang. Patut naik kapal terbang ke Pulau Pinang, sekali ternaik kapal terbang ke Zimbabwe
Makanan Kegemaran: Mee Kari Ais Kurang manis
Minuman Kegemaran: Teh Tarik masak 3 rasa
Sejarah Dalam Bidang Muzik:
2000 – 2001: Brothers, sebagai tukang bersihkan songkok Yassin
2001 – 2002: Menganggur
2002 – 2003: Rabbani, dibuang kerana gagal membaca surah Al-Fatihah dengan tajwid yang betul
2003 – 2007: Spider, sebagai pemain gitar simpanan
2007 – kini: The Shirtless
0 comments:
Post a Comment