PEMBERITAHUAN!!!!
Monday, June 29, 2009
BIODATA DINDING
BIODATA PINTU
BIODATA MENTOL
Nama: Mentol
Nama Dulu: Ghani
Umur: 19 tahun kalau tak masuk hari cuti umum
Tempat Tinggal: Bawah Jambatan Pulau Pinang
Tempat Lahir: Hospital Tawakal (Kat sana, apa-apa pun yang jadi kena tawakal aje…)
Tarikh Lahir: Tak sempat rekod. Tok bidan busy masa tu.
Status: Baru putus tunang
Posisi: Rhythm Guitar, Bass
Posisi Dahulu: Drummer
Hobi: Mengira berapa banyak public phone yang dah rosak di seluruh Lembah Klang
Artis Kegemaran: Isma AF7. IIiiissssmmmmaaaa…. (ikut cara AC Mizal sebut)
Artis yang tak berapa nak gemar: Herman Tino, Mas Idayu, Mas Joko, Jaka Sembung
Lagu Kegemaran: Happy Birthday dalam bahasa Telegu
Kenangan tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar artis: Tersilap naik kapal terbang. Patut naik kapal terbang ke Pulau Pinang, sekali ternaik kapal terbang ke Zimbabwe
Makanan Kegemaran: Mee Kari Ais Kurang manis
Minuman Kegemaran: Teh Tarik masak 3 rasa
Sejarah Dalam Bidang Muzik:
2000 – 2001: Brothers, sebagai tukang bersihkan songkok Yassin
2001 – 2002: Menganggur
2002 – 2003: Rabbani, dibuang kerana gagal membaca surah Al-Fatihah dengan tajwid yang betul
2003 – 2007: Spider, sebagai pemain gitar simpanan
2007 – kini: The Shirtless
BIODATA TINGKAP
Nama: Tingkap
Nama dulu: Zam-Zam, Cedut
Nama abang: Ramli Sam-Sam
Umur: 17 Tahun kalau tak masuk hari Ahad
Tempat Lahir: Penjara Pudu. Dekat bilik hukuman gantung
Tarikh Lahir: Zaman Tok Kaduk makan Ubi Kayu
Status: Baru Nak Tackle awek Baru
Posisi: Drummer
Hobi: Mengumpul tali raffia yang digunakan untuk mengikat makanan atau minuman yang di tapau
Makanan Kegemaran: Asalkan halal, saya sebat saja.
Minuman Kegemaran: Air Laici campur sirap limau.
Kenangan yang tidak dapat dilupakan: Menampar seekor kambing sehingga kambing tersebut hilang akal dan menyangkakan dirinya seekor gajah dan cuba mengamuk satu kampong
Sejarah Dalam Bidang Muzik:
2007 – kini: The Shirtless, tidak pernah menyertai mana-mana band sebelum ini kerana menjadi tukang kebun sekolah sahaja sebelum ini. Menjadi ahli anggota The Shirtless setelah kumpulan tersebut terdesak untuk mengambil pemain dram baru dalam band itu. Tingkap yang kebetulan sedang lalu di situ terus di ambil menjadi ahli baru.
BIODATA KASEEM BENZEMA
Nama: Kaseem Benzema
Nama Dulu: Paul E. Dangerous
Umur: Dah boleh kahwin
Tarikh Lahir: 32 Julai
Tempat Lahir: Negara Yohadal
Status: Kahwin 7, anak 14
Jawatan: Manager The Shirtless, Pengatur cara majlis & konsert, pengarah video klip, producer album, pereka cover album
Hobi: Mengumpul radio dan mendengar setem… eerrr… Macam terbalik je
Makanan kegemaran: Makanan percuma yang dibelanja oleh ahli The Shirtless
Makanan Tak Gemar: Makan Pelempang
Pengalaman Menjadi Pengurus:
1997 – 2001 : Senario
2001 – 2002: Paukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia
2002 – 2003: Pasukan Kompang Belia 4D Felda Kemelah, Segamat
2003 – 2006: Raja Farah
2006 – 2007: Butterfingers dan Hujan
2007 – kini: The Shirtless